salam...
01.01.2013
hari ini merupakan hari permulaan bagi hidup aku yang baru...
dunia yang baru...
hari ini aku akan mengambil alih perniagaan Ibu Bapa ku...
harap semuanya berjalan lancar...
perniagaan tak ada la besar...
kantin sekolah ja...
Kantin SMK Tajar, Alor Setar, Kedah.
dah bertahun-tahun orang tua aku menceburi bidang ini...
dah banyak duit hasil perniagaan ini telah membantu keluarga kami...
syukur...sampaikan aku telah habis belajar di IPTA...
SEKARANG, sudah tiba masanya untuk aku berjasa untuk mereka semula...
dah lama sangat mereka bekerja...
dah lama sangat mereka berbakti untuk kami...
dah lama sangat mereka berusaha...
terpaksa bangun di awal pagi...
meredah kesesakkan Pasar di waktu pagi...
tak kira hujan, ribut atau apa sekali pun...
meraba bibit-bibit jalan...
menerjah setiap liku-liku jalan...
jatuh, bangun semula dengan semangat yang aku sendiri tidak pasti datangnya...
tulang 4 kerat bapa ku sudah tidak bergitu kuat...
begitu juga dengan ibuku...
masing-masing sudah lanjut usianya...
walau pun bergitu...
tidak penah aku mendengar mereka mengeluh membesarkan aku dan adik - beradik lain...
aku ingin merasai apa yang mereka rasai...
aku ingin menjadi sekuat & setabah mereka...
aku ingin tahu betapa beratnya pikul tanggungjawab itu...
KINI, akan ku bela nasib mereka...
akan ku meneroka setiap laluan yang penah mereka lalui...
akan ku rasa sendiri pahit getir yang dilalui...
akan ku rasa sendiri peluh yg pernah mengalir...
akan ku rasai sendiri kesedihan, kesakitan, penderitaan yang mereka penah lalui...
untuk mengetahui SETABAH manakah mereka...
Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan IBU BAPA ini kepada ku...
Ya Allah, berikan aku kekuatan & ketabahan seperti mereka...
Ya Allah, berikan aku semangat & kecekalan seperti mereka...
Ya Allah, aku berserah hanya padaMu...
gambar : google