Friday, November 7, 2008

PONTIANAK OH PONTIANAK...

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

doN't wArRy..!!

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah..., "DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

#Lu pIk!r lAr SnD!rI...!!!
*bY RUFF_!C

zAmAn bErK3mB@r

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

*BAPAK MODEN(sg.petani)

LogHaT mNer Yg MuNaS@bAh..???

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

*rEnUnG - ReNunGk@nLaH...
bY RUFF_!C

rEm@jA PUNK!!!

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

sApEr yG LeB!h MaLu Ekk..??


iNfO M!nDa...

KENAPA KENTUT BUSUK..???

jwpan : Sebab...sebagai tanda kepada owg pekak coz xleh dgar bunyi kentut...

rEnUng - r3nUnGk@n LaH...

MiNum@n DaRi B@rAT x mAb0k..???

Pada suatu hari datuk yang sedang santai mendapati cucunya yang sedang mabok..

datuk : "Kamu mabok ya??"

Cucu : "Iya tok ... tadi p minum gan member2 .."

datuk : "berapa botol kamu minum sampai mabok gini..?"

Cucu : "2 botol ja tok.."

datuk : "Cehh.. kamu ini memalukan ja, tok dulu waktu muda dulu minum 4 botol tak mabok-mabok pown...minuman dari barat lagi taw.."

Cucu : "Wah datuk, dasyat 2...!!! masa muda dulu,tok minum yg jenama pe ek..?"

datuk : "Hmmmm tunggu tok nk pikir-pikir dulu ... kalau tak salah namannya .. "Mineral water"

Cucu : "Yahhhh... &**&%@^%^&@%..." ("Agak kurang sopan disitu" kata cucu didalam hati)

Ed!tInG bY RuFf_!c

Tuesday, November 4, 2008

tAhuK@h AndA...???

Kenakalan remaja meliputi semua perilaku yang menyimpang dari norma-norma hukum pidana yang dilakukan oleh remaja. Perilaku tersebut akan merugikan dirinya sendiri dan orang-orang di sekitarnya.Para ahli pendidikan sependapat bahwa remaja adalah mereka yang berusia 13-18 tahun. Pada usia tersebut, seseorang sudah melampaui masa kanak-kanak, namun masih belum cukup matang untuk dapat dikatakan dewasa. Ia berada pada masa transisi.
Definisi kenakalan remaja menurut para ahli

Kartono, ilmuwan sosiologi "Kenakalan Remaja atau dalam bahasa Inggris dikenal dengan istilah juvenile delinquency merupakan gejala patologis sosial pada remaja yang disebabkan oleh satu bentuk pengabaian sosial. Akibatnya, mereka mengembangkan bentuk perilaku yang menyimpang".

Santrock "Kenakalan remaja merupakan kumpulan dari berbagai perilaku remaja yang tidak dapat diterima secara sosial hingga terjadi tindakan kriminal."

Jenis-jenis kenakalan remaja
~Penyalahgunaan narkoba
~Seks bebas
~Tawuran antara pelajar

tAk k@n rEm@jA c@mN!E k0ut..???

Melalui kajian, maklumat yang diperolehi menunjukkan kebanyakan remaja Melayu kurang daya tahan, lemah dengan pujukan rakan serta mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Selain itu, psikologi remaja yang ingin mencuba atau meniru sesuatu yang baru tanpa memikirkan natijahnya juga adalah salah satu faktor runtuhnya nilai sahsiah di kalangan remaja muslim. Di samping itu juga, kurangnya kesedaran dan didikan agama menjadi punca utama kegawatan akhlak dan penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah.Institusi keluarga yang rapuh juga memberikan impak negatif sekaligus menyebabkan remaja bertindak melakukan sesuatu untuk melepaskan emosi dan perasaan mereka. Apa yang menyedihkan kita hari ini, sebahagian remaja sanggup menjual maruah dan membuang nilai-nilai agama demi memburu kemewahan dan kecintaan duniawi..

Monday, November 3, 2008

iF ur Ar my-fr3n...anSw3r +h!s===

If u dont mind,could u just fill in my blog...
1-Who are you ??

2-Are we friends ??

3-When and how did we meet ??

4-Do you have a crush on me ??

5-Would you kiss me ??

6-Give me a nickname and explain why you picked it ??

7-Describe me in one word or more ??

8-What was your first impression towards me ??

9-Do you still think that way about me now ??

10-What reminds you of me ??

11-If you could give me anything what would it be ??

12-How well do you know me ??

13-When is the last time you saw me ??

14-Ever wanted to tell me something but couldnt ??

15-Are you going to put this on your blog and see what i say about you?

M3m@hAm! j!wA rEm@jA

UNDERSTANDING YOUR TEEN
memahami anak remaja anda
A workshop for parents seeking to understand and
motivate your teenage son/daughter
Bengkel untuk ibu-bapa yang ingin memahami, mendekati
dan memberi motivasi pada anak remaja anda
By RUFF_IC AE_NI @ POLIMAS
KEDAH MAJU 2010

R3nUnG - rEnUnGk@n L@H...

Manusia hari ini suka bersangka-sangkaAda sangkaan baik.. dan ada sangkaan buruk..Orang beribadah disangka riakOrang yang “relax” disangka malasOrang yang pakai baju baru disangka menunjukOrang yang pakai baju buruk disangka zuhudOrang makan banyak disangka pelahapOrang makan sikit disangka “diet”Orang baik disangka burukOrang buruk disangka baikOrang senyum disangka mengejekOrang masam disangka merajukOrang bermuzakarah disangka mengumpatOrang diam disangka menyendiriOrang menawan disangka pakai susukOrang nampak ceria disangka membela


Mana tahu..Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..Yang ceria itu kerana cergas fikirannya
Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Wallahu a’alam.

APA KAH TAHAP IMAN ANDA..????

Mari kita mengenal tahap IMAN kita ^_^
Iman diantara seseorang dengan seseorang manusia itu tidak sama. Mengikut pengajian ilmu tauhid, para ulama telah membahagikan iman kepada lima peringkat:
1- Iman Taqlid2- Iman Ilmu3- Iman ‘Ayyan4- Iman Hak5- Iman Hakikat
*Iman Taqlid*Iman orang jahil yang cuma tahu mengikut sahaja.
*Iman Ilmu*Iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja iaitu seseorang yang telah mempelajari dan memahami tentang Allah dan rukun Iman.
*Iman ‘Ayyan*Lebih tinggi daripada Iman Ilmu. Seseorang yang beriman dengan ilmu ingin meningkatkan kepada Iman ‘Ayyan, ia handaklah melakukan latihan bersungguh-sungguh melawan nafsu ( mujahadatunnafs) yang bersungguh-sungguh. Setelah melalui latihan itu barulah orang yang beriman ilmu akan meningkat imannya kepada Iman ‘Ayyan.
*Iman Hak*Iman yang sebenar dan yang dicapai sesudah seseorang itu mencapai Iman ‘Ayyan. Seseorang yang telah mencapai Iman Hak ialah orang yang mata hatinya sentiasa melihat Allah, ertinya setiap kali ia melihat kejadian Allah, hati dan fikirannya akan tertumpu kepada Allah lalu ia membesar dan mengagungkan Allah.
*Iman Hakikat*Peringkat iman yang tertinggi dan paling sempurna sekali. Inilah taraf iman milik para Rasul dan Nabi serta para kekasih Allah.
Puas hatikah kita dengan iman yang kita miliki sekarang? atau kita ingin mempertingkatnya lagi?..Wallahu a’alam.

Sunday, November 2, 2008

KENANGAN @ POLIMAS

RemAj@ bUd!M@n

Kebersihan jiwa ialah menahan keinginan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syara’. keadilan, suatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahwat, lalu membimbing keduanya kearah kebijaksanaan, serta menentukan bila keadaan boleh diikuti dan bila pula harus dikekang keinginannya. Orang yang berpribadi unggul, seolh-olah berkata, “aku adalah aku,” dia tidak dapat dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak selari dengan pegangan hidupnya

ZAMAN PERALIHAN

Aqidah perlu diperkenalkan kepada pra remaja kerana pada peringkat umur tersebut mereka banyak terdedah kepada pengaruh-pengaruh di sekeliling serta belum boleh membezakan antara yang baik dan buruk. Lantas, pra remaja perlu mempelajari aqidah yang mengajar asas pembentukan pegangan atau pandangan hidup serta nilai Islam.
Melalui asas aqidah yang mantap, ia akan menghasilkan tingkah laku dan tindakan yang berdasarkan syariat Islam, bukan secara ikut-ikutan belaka.
Pra remaja perlu dibimbing dan dihormati tidak kira oleh siapa pun; sama ada ibu bapa, rakan ataupun mereka yang lebih dewasa atau lebih muda dari mereka.
Berdasarkan pengalaman sendiri, pada peringkat pra remaja, saya lebih mudah menerima suatu teguran atau nasihat jika diucapkan dengan cara atau pendekatan yang sesuai. Bukan dengan cara ditengking, dipaksa-paksa, disindir atau diugut.
Hal ini kerana kadangkala saya masih belum dapat mengerti mengapa harus melaksanakan suatu perintah Allah. Contohnya, mengapa harus mengeluarkan zakat. Ya, dengan mengeluarkan zakat, ia akan dapat membantu orang-orang yang lebih memerlukan. Namun, saya belum dapat menghayati hikmah, kepentingan dan tujuan di sebalik zakat, iaitu antaranya adalah ia dapat mensucikan diri dari sifat bakhil dan tamak serta untuk menegakkan kepentingan umum bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan masyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...