Mari kita mengenal tahap IMAN kita ^_^
Iman diantara seseorang dengan seseorang manusia itu tidak sama. Mengikut pengajian ilmu tauhid, para ulama telah membahagikan iman kepada lima peringkat:
1- Iman Taqlid2- Iman Ilmu3- Iman ‘Ayyan4- Iman Hak5- Iman Hakikat
*Iman Taqlid*Iman orang jahil yang cuma tahu mengikut sahaja.
*Iman Ilmu*Iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja iaitu seseorang yang telah mempelajari dan memahami tentang Allah dan rukun Iman.
*Iman ‘Ayyan*Lebih tinggi daripada Iman Ilmu. Seseorang yang beriman dengan ilmu ingin meningkatkan kepada Iman ‘Ayyan, ia handaklah melakukan latihan bersungguh-sungguh melawan nafsu ( mujahadatunnafs) yang bersungguh-sungguh. Setelah melalui latihan itu barulah orang yang beriman ilmu akan meningkat imannya kepada Iman ‘Ayyan.
*Iman Hak*Iman yang sebenar dan yang dicapai sesudah seseorang itu mencapai Iman ‘Ayyan. Seseorang yang telah mencapai Iman Hak ialah orang yang mata hatinya sentiasa melihat Allah, ertinya setiap kali ia melihat kejadian Allah, hati dan fikirannya akan tertumpu kepada Allah lalu ia membesar dan mengagungkan Allah.
*Iman Hakikat*Peringkat iman yang tertinggi dan paling sempurna sekali. Inilah taraf iman milik para Rasul dan Nabi serta para kekasih Allah.
Puas hatikah kita dengan iman yang kita miliki sekarang? atau kita ingin mempertingkatnya lagi?..Wallahu a’alam.
2 comments:
thap iman tu mesti kuat..jgan kta bercinta ramai org..jgn permainkan perasaan org..last2 kta yg kna blik.hahahaha
terasa aku taw ija...
kehkehkeh/...
bkn men banyak...
cuma berkawan jer banyak...
hehehehe...
Post a Comment