Manusia hari ini suka bersangka-sangkaAda sangkaan baik.. dan ada sangkaan buruk..Orang beribadah disangka riakOrang yang “relax” disangka malasOrang yang pakai baju baru disangka menunjukOrang yang pakai baju buruk disangka zuhudOrang makan banyak disangka pelahapOrang makan sikit disangka “diet”Orang baik disangka burukOrang buruk disangka baikOrang senyum disangka mengejekOrang masam disangka merajukOrang bermuzakarah disangka mengumpatOrang diam disangka menyendiriOrang menawan disangka pakai susukOrang nampak ceria disangka membela
Mana tahu..Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..Yang ceria itu kerana cergas fikirannya
Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Wallahu a’alam.

2 comments:
ang memg baguih ar,,,,
anak sapa la ni,,,,,??
orang yang comel..
tetap org kata comel..
2 fix kena igt...
Post a Comment